Thriva EduCare
BM

Untuk Pemilik

Untuk pemilik taska, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak yang ingin memastikan hasil usaha mereka terpelihara dan kekal.

Cabarannya

Dibina selama bertahun-tahun. Namun, terlalu kerap semuanya berakhir begitu sahaja.

Kebanyakan taska, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak persendirian telah bertahun-tahun dibangunkan oleh pengasasnya sendiri melalui dedikasi dan komitmen.

Namun, apabila pengasas bersedia untuk berundur, sering kali tiada hala tuju yang jelas untuk meneruskan legasi mereka. Tanpa penerus legasi, kebanyakan pusat terpaksa ditutup, dan ini menyebabkan nilai perniagaan, pasukan dan kepercayaan komuniti yang dibina selama bertahun-tahun turut terjejas atau hilang.

Pada masa yang sama, peraturan yang semakin rumit dan kos operasi yang kian meningkat menjadikan pengurusan secara bersendirian semakin mencabar setiap tahun.

Cabaran yang sering dihadapi oleh pemilik:

Tiada calon untuk mengambil alihAhli keluarga atau kakitangan mungkin belum bersedia atau tidak berminat untuk meneruskannya.
Sukar memperoleh nilai sebenar perniagaanUsaha bertahun-tahun, namun tiada cara mudah untuk menuai hasilnya.
Beban pelesenan dan peraturanPembaharuan lesen, audit dan perubahan peraturan semakin memakan masa dari tahun ke tahun.
Peningkatan kos dan kekangan kakitanganKos operasi semakin meningkat, serta guru yang berkualiti semakin sukar dikekalkan.
Penyelesaian Kami

Rakan kongsi jangka panjang untuk memelihara legasi anda

Thriva EduCare memperoleh pegangan majoriti dalam taska, tadika dan pusat jagaan kanak-kanak yang telah lama bertapak, sementara pemilik dan pengusaha mengekalkan sebahagian pemilikan serta terus terlibat dalam pengurusan pusat. Kami menyokong di sebalik tabir, manakala pengurusan harian setiap pusat kekal di tangan mereka yang paling memahami operasi dan keperluannya.

Anda kekal terlibat

Pemilik dan pengusaha mengekalkan sebahagian pemilikan dalam perniagaan dan peranan dalam membuat keputusan dalam hala tuju masa depannya. Peralihan dirancang mengikut kesesuaian anda, sama ada anda ingin berundur sekarang atau dalam beberapa tahun akan datang.

Jati diri pusat anda kekal

Pasukan anda terus menyuburkan nilai-nilai keistimewaan tempat anda:

  • Nama, budaya dan kurikulum
  • Hubungan dengan ibu bapa
  • Pengambilan murid dan penglibatan komuniti setempat
  • Kepimpinan pasukan dan pengurusan harian

Sokongan apabila diperlukan

Kami menyokong dalam hal pentadbiran tanpa mengubah cara anda mengendalikan pusat anda:

  • Pengurusan kewangan dan pelaporan
  • Pelesenan dan pematuhan peraturan
  • Perancangan peralihan dan kesinambungan kepimpinan
Manfaat Kerjasama

Mengapa pemilik memilih untuk bekerjasama dengan Thriva EduCare

Pelihara legasi anda

Nama, budaya dan komuniti anda kekal sebagai teras kepada segala yang telah anda bina.

Peroleh nilai sebenar perniagaan anda

Nikmati sebahagian daripada hasil usaha anda melalui pelan peralihan yang dirancang mengikut kesesuaian anda.

Jaminan untuk pasukan anda

Kesinambungan untuk guru dan kakitangan yang membinanya bersama anda.

Sokongan pelesenan dan pematuhan

Bantuan berkaitan pelesenan, pembaharuan lesen dan perubahan peraturan.

Sedang mempertimbangkan fasa seterusnya?

Jika anda sedang meneroka perancangan penggantian, peluang pertumbuhan atau sokongan operasi, kami mengalu-alukan perbincangan sulit.

Hubungi kami